Ahad, 26 Ogos 2007

Bas Sepatutnya Kena Pasang Tali Pinggang Keledar

Baru-baru ni banyak kemalangan melibatkan bas mengakibatkan banyak nyawa yg terkorban dan cedara. Pada pendapat saya, sepatutnya bas pun mempunyai tali pinggang keledar seperti yang ada pada kereta. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah korban.

Sabtu, 11 Ogos 2007

Amalan Harian

1.SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan.

2.SURAH AL ‘ALAQ (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu.

3.SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati.

4.SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5.SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati “Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah..Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

7.WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA. Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla. Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

8.DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin. “Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA “Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10.DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi. “Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11.DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli “Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12.DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13.WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah “Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14.WIRID UNTUK PELAJAR Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata. Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin. “Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata” Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah “Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”. (Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16.DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan Ya Haadi, ihdinii. “Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku” Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat “Wahai Tuhan Yang Maha Pandai” Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18.WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir “Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Ayat Ruqyah

ruqyah.mp3

Doa Dan Wirid Untuk Pelajar

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR

Susunan

Najib Khan Surattee

(17 Ramadhan 1421)

  1. 1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

  1. 2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)


  1. 3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati


(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati

Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

(
Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati



Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


  1. 6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
    “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)


Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.

Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

  1. 8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
    Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

  1. 9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
    Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

  1. 10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN


Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH


Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.


Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.

Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

  1. 15.

Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

  1. 16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)

Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan


Ya Haadi, ihdinii.

Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

  1. 17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat

Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

  1. 18. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN


Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.




Doa Keampunan dan Kezaliman



KEAMPUNAN DAN KEZALIMAN

Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayani diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadikanlah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah al-A'raaf: 23)





DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN



Tafsirannya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkau-lah jua sebaik-baik orang Pemberi Rahmat". (Surah al-Mu'minuun: 109)







UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA



Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa'.

(Surah al-Furqaan : 74)



MENDAPAT JALAN YANG BENAR

Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Masukkan aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku". (Surah al-Israa' : 80)

KEBAIKKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ( Surah al-Baqarah :201)





BAGI MENETAPKAN PENDIRIAN



Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencari kemenangan terhadap kaum yang kafir'.

(Surah A-li 'Imraan : 147)



DOA MEMULAKAN TUGAS


Ya-Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.





DOA AKHIR TUGAS

Ya, Allah aku serahkan pada Mu pekerjaan ku dan jiwaragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah







MENDAPAT KETERUNAN YANG BAIK

Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keterunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Surah A-li 'Imran : 38)


KEAMPUNAN DAN KEZALIMAN



Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayani diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadikanlah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah al-A'raaf: 23)


DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN
Tafsirannya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkau-lah jua sebaik-baik orang Pemberi Rahmat". (Surah al-Mu'minuun: 109)






UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA

Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa'.
(Surah al-Furqaan : 74)

MENDAPAT JALAN YANG BENAR
Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Masukkan aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku". (Surah al-Israa' : 80)
KEBAIKKAN DUNIA DAN AKHIRAT
Tafsirnya : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ( Surah al-Baqarah :201)


BAGI MENETAPKAN PENDIRIAN

Tafsirnya : 'Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencari kemenangan terhadap kaum yang kafir'.
(Surah A-li 'Imraan : 147)

DOA MEMULAKAN TUGAS
Ya-Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.


DOA AKHIR TUGAS
Ya, Allah aku serahkan pada Mu pekerjaan ku dan jiwaragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah




MENDAPAT KETERUNAN YANG BAIK
Tafsirnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keterunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Surah A-li 'Imran : 38)

TULISAN AGUNG


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
PERISTIWA TULISAN AGUNG
Hadis diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabis.a.w bernama Abu Dajanah yang berkata "Aku telah mengadu kepada Rasulullah dengan berkata,"wahai Rasulullah, sedang aku berbaring tiba-tiba akumendengar desir suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihatpancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruang rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar".
Lalu Rasulullah menyatakan "itu adalah syaitan yangmahu mengacau atau membuat keburukan dirumahmu ya AbuDajanah."Lalu Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib, tulislah ini. Maka Saidini Ali pun menulisnya seperti di atas.Aku membawa tulisan tersebut balik kerumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama aku mendengar jeritan dan tangisan berkata "wahai Abu Dajanah,engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan diatas." Demi kebenaran sahabat Mu tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku takkan datang mengacau kau lagi.Tolonglah! Abu Dajanah menjawab, "aku tidak akan membuangnya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya,"Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh.
Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.
KEISTIMEWAAN AYAT INI
1. Menghalang gangguan makhluk halus.
2. Menghalang ilmu hitam dan sihir.
3. Menundukkan kezaliman orang yang zalim.
4. Memecahbelahkan kesatuan musuh.

RAWATAN MABUK LAUT

BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah.Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi rawatan kepada mereka yang menghadapi situasi berkenaan. Sekurang-kurangnya mengurut tengkuk mangsa supaya muntah keluar lebih lancar supaya lebih cepat lega.Rakan yang muntah sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada kering mulut dan perut.Malah jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, mangsa akan lebih cepat segar.Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Justeru, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana boleh memburukkan keadaan.Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang terbabit itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.

Panduan dan amalan bagi orang yang bertaubat

Panduan dan amalan bagi orang yang bertaubat
Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun Fri Aug 10, 07 08:07:38 PM

Imam Ghazali berkata: Jika seseorang yang bertaubat melakukan sesuatu perbuatan dosa, sama ada dilakukan dengan sengaja kerana dorongan syahwat atau dilakukan tanpa disengajakan, maka wajib baginya segera bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan berusaha menghapuskannya dengan melakukan kebaikan.
Seandainya jiwanya tidak membantunya untuk berazam meninggalkan perbuatan tersebut disebabkan penguasaan syahwat, maka yang demikian bererti bahawa ia telah lemah daripada melakukan salah satu daripada dua kewajiban.
Dengan demikian, tidak sepatutnya baginya meninggalkan kewajiban yang kedua, iaitu menghapuskan keburukan tersebut dengan melakukan kebaikan, yang dengannya ia telah menjadi orang yang melakukan amalan yang baik sebagai tampalan bagi amalan lain yang buruk.
Amalan-amalan baik yang dapat menghapuskan amalan-amalan buruk, sama ada dengan hati, dengan lidah atau pun dengan anggota badan. Dan hendaklah kebaikan tersebut pada tempat keburukan, dan pada yang berkaitan dengan sebab-sebabnya.
Amalan dengan hati, iaitu dengan memohon bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dan memaafkan, dengan penuh kerendahan hati, menghinakan diri seperti hinanya seorang hamba yang melarikan diri dengan menzahirkan kehinaan terhadap seluruh hamba Allah, iaitu dengan mengurangi kesombongannya dalam berhubungan dengan mereka, menyembunyikan kebaikan kepada sesama orang Islam dan berazam untuk taat.
Amalan dengan lisan iaitu dengan mengakui kezaliman (Kesalahan melakukan ma'siat) dengan membaca: "Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku sendiri dan telah melakukan keburukan, maka ampunilah bagiku segala dosaku."
Di samping itu hendaklah beristighfar dengan membanyakkan pelbagai istighfar. Amalan dengan anggota badan pula adalah dengan melakukan ketaatan, membanyakkan bersedekah dan menekunkan diri dengan ibadat.
Di dalam athar, ada yang menunjukkan bahawa perbuatan dosa, jika diikuti oleh lapan perbuatan baik, maka harapan untuk dimaafkan adalah cerah, iaitu empat amalan hati dan empat amalan anggota badan.
Perbuatan yang merupakan amalan hati ialah: Pertama: Bertaubat atau azam untuk bertaubat; Kedua: Suka meninggalkan dosa; Ketiga: Takutkan seksaan ke atas dirinya; dan Keempat: Mengharapkan keampunan baginya.

Adapun yang merupakan amalan anggota badan ialah: Pertama: Solat dua rakaat selepas melakukan dosa. Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Bakr al-Siddiq r.a. bahawa beliau berkata:
"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mengelokkan wudu dan solat dua rakaat, kemudian meminta keampunan kepada Allah, melainkan Allah pasti akan mengampuni baginya, kemudian baginda SAW membaca ayat (Apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingat Allah... dan seterusnya)" .
Dalam riwayat Ibnu Murdawaihi dalam Tafsir dan Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman daripada hadis Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan empat rakaat.
Kedua: selepas solat hendaklah membaca istighfar tujuhpuluh kali, kemudian membaca sebanyak seratus kali: "Maha Suci Allah Yang Maha Agung dengan segala pujian bagiNya"
Ketiga: bersedekah; dan
Keempat: berpuasa sehari. Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a. bahawa beliau berkata: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah menggauli seorang perempuan di hujung kota Madinah, dan saya telah melakukan terhadapnya selain menyetubuhinya. Inilah saya, hukumlah ke atas diri saya apa yang Tuan hamba kehendaki.
Umar berkata kepadanya: Allah telah menutupi anda, jika anda menutupi diri anda sendiri.
Ia (Abdullah Bin Mas'ud) berkata: Nabi SAW tidak menjawab sesuatu, maka orang itu pun berdiri dan pergi. Nabi SAW menyuruh seseorang mengikutinya dan memanggilnya, dan membacakan kepadanya ayat ini(Tegakkanlah solat pada dua tepian siang dan pada waktu mendekati malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan. Yang demikian sebagai ingatan bagi orang-orang yang mahu beringat).
Maka salah seorang telah bertanya: Wahai Nabi Allah, adakah ini khusus baginya?
Baginda menjawab: "Bahkan bagi semua manusia."
Tirmizi dan Ahmad meriwayatkan daripada Mu'az Bin Jabal r.a. bahawa beliau berkata: "Seorang lelaki telah mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, apa kata tuan hamba mengenai seorang lelaki yang telah menemui seorang perempuan yang tidak dikenalinya, kemudian tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh seseorang terhadap isterinya melainkan ia melakukannya terhadapnya, hanya sahaja ia tidak menjimaknya? "
Beliau (Mu'az) berkata: Maka Allah Azza Wa Jalla telah menurunkan ayat yang bermaksud(Tegakkanl ah solat pada dua tepian siang dan pada waktu mendekati malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan).
Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Berwudu'lah, kemudian solat. Mu'az berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ia khusus baginya atau bagi kaum mukminin umumnya?"
Baginda bersabda: Bahkan bagi kaum mukminin umumnya".
Hadis tersebut menunjukkan bahawa menggauli perempuan, selain zina, termasuk dosa kecil yang terhapus oleh amal kebajikan.
Muslim dan Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Solat yang lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antara waktu-waktu tersebut, selama dihindari dosa-dosa besar".
Dalam keadaan bagaimanapun seseorang yang bertaubat mestilah menghisab dirinya setiap hari dan berusaha menghapuskan setiap dosa dengan hasanat.
Mengenai istighfar, bukanlah istighfar yang hanya dengan lisan, yang dianggap oleh sebahagian ulama sebagai taubat al-kadzdzabin (taubatnya para pendusta), yang berhajat kepada istighfar yang banyak, sebagaimana dikatakan oleh Rabi'at al-Adawiyah.
Tetapi yang dimaksud adalah istighfar yang disertai kesungguhan hati memohon keampunan kepada Allah SWT dengan merendahkan diri, dengan niat yang ikhlas dan keinginan yang benar.
Istighfar yang demikianlah yang boleh menghapus dosa kejahatan, dan istighfar itu pula yang dimaksud dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi daripada Abi Bakar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah dianggap sebagai orang yang berketetapan hati untuk terus mengerjakan (ma'siat) orang yang beristighfar, meskipun ia mengulangi dalam sehari tujuh puluh kali.
Tetapi, menurut pandangan Imam Ghazali, istighfar dengan lisan juga merupakan kebaikan, kerana gerakan lisan dengan istighfar, walaupun dengan kelalaian hati,adalah lebih baik daripada gerakan lisan dengan mengumpat atau bercakap lebih, bahkan baik daripada diam.Ia dianggap kurang jika dibandingkan dengan amalan hati.
Ketika seseorang berkata kepada gurunya, Syaikh Abi Uthman Al-Maghrabi: Lidahku sering berzikir dan membaca Qur'an, sedang hatiku dalam keadaan lalai.
Beliau menjawab: Bersyukurlah anda kepada Allah, kerana Allah menggunakan salah satu anggota anda dalam kebaikan dan membiasakannya berzikir, dan tidak menggunakannya dalam keburukan dan tidak membiasakannya dalam bercakap lebih.
Imam Ghazali menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar. Sesungguhnya membiasakan anggota-anggota badan dalam kebaikan sehingga menjadi seperti tabiat baginya boleh mencegah sejumlah ma'siat.
Orang yang membiasakan lidahnya beristighfar, apabila mendengar kedustaan daripada seseorang maka lidahnya beristighfar, apabila mendengar kedustaan daripada seseorang, maka lidahnya akan segera mengatakan: AstaghfiruLlah.
Tetapi orang yang membiasakan cakap lebih, lidahnya akan segera mengatakan: Alangkah bodohnya anda, alangkah buruknya kedustaan anda.
Orang yang membiasakan isti'adzah, apabila diceritakan tentang kemunculan gejala-gejala buruk daripada seorang yang jahat, lidahnya akan segera mengatakan: Na'udzu biLlah.
Tetapi orang yang membiasakan cakap lebih, lidahnya akan segera mengatakan: Semoga Allah melaknatnya.
Antara kedua ucapan tersebut terdapat perbezaan. Yang pertama memperoleh kebaikan sebagai kesan membiasakan lidahnya dalam kebaikan, sedang yang kedua sebaliknya.
Mengenai ucapan Rabi'at al-Adawiyah bahawa istighfar kami berhajat kepada istighfar yang banyak, janganlah disangka bahawa beliau mencela gerakan lisan dari segi bahawa ia adalah dzikruLlah, tetapi beliau mencela kelalaian hati, dan kelalaian hati inilah yang berhajat kepada istighfar yang banyak. Kerana, seandainya lidahnya diam, maka ia berhajat kepada lebih banyak istighfar lagi